Seringkali bila tiba tahun baru,pasti ada azam dan tekad baru.Semamangnya setiap manusia mendambakan yang terbaik untuk dirinya baik dari segi rezeki,jodoh dan sebagainya.Namun kekadang manusia lupa setiap kali umur bertambah maka ajal kita makin dekat.Bila,Dimana dan Bagaimana kita akan mengadap Ilahi hanya Allah sahaja yang tahu.Hakikatnya pendek atau panjangnya usianya seseorang itu bukanlah persoalan yang utama.Tetapi yang lebih utama bagaimanakah kita menggunakan usia itu dengan sebaik-baiknya..
Sejenak kita renung lirik -lirik lagu ini...
Andai kutahu
Kapan tiba ajalku,
Ku akan memohon,
Tuhan tolong panjangkan umurku.
Andai ku tahu,
Kapan tiba masaku,
Ku akan memohon,
Tuhan jangan kau ambil nyawaku.
Demikianlah petikan lirik lagu nyanyian kumpulan Ungu.Satu harapan yang hakikatnya hanya satu angan-angan.Justeru pada adatnya tidak ada manusia yang diberitahu detik ajalnya dan kita tidak boleh merayu agar Tuhan mengambil nyawa kita.Tetapi tugas kita hanyalah memanfaatkan usia yang ada untuk menjalankan tugas dan tanggungjawab kita sebagai hambaNya
Tip-tip Panjang Umur:
1) Amal Jariah
Rasulullah s.a.w bersabda " Apabila meninggal anak adam maka terputuslah amalnya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah,ilmu yang diambil manfaatnya oleh manusia dan anak yang soleh yang berdoa untuknya" riwayat Ahmad.
Selain itu,Rasulullah juga berfirman yang bermaksud" Sesungguhnya amal soleh yang akan menyusul seorang mu
kmin setelah dia meninggal dunia ialah ilmu yang diajarkan dan sebarkan,anak yang soleh yang dia tinggalkan ,mushaf Al-Quran yang dia wariskan,masjid yang
dia bangunkan,rumah tempat musafir yang dia dirikan,air sungai yang dia alirkan dan sedekah yang dia keluarkan kala sihat dan masih hidup.Semua ini akan menyusul dirinya ketika dia meninggal dunia kelak.(Riwayat Ibn Majah dan Al-Baihaqi)
2) Jihad
Allah berfirman yang bermaksud " Dan janganlah kamu mengatakan kepada orang yang gugur di jalan dakwah bahawa mereka itu mati bahkan sebenarnya mereka itu hidup tetapi kamu tidak menyedarinya ( Surah Al-Baqarah :154)
Yang dimaksudkan dengan hidup di sini adalah hidup dalam alam yang lain yang bukan alam kita ini,di mana mereka mendapat kenikmatan di sisi Allah.
3) Silaturrahim
Orang yang menyambung silaturrahim akan panjang usianya InsyaAllah
4) Doa
Panjatkan doa kepada Allah supaya umur anda di panjangkan.Bukan dengan lama hidup tetapi dengan kualiti hidup .Apa guna jika panjang umur tetapi dibuang dengan sia-sia
5) Berbuat kebaikan
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud " Tidak ditolak qada' kecuali dengan doa dan tidak bertambah umur kecuali dengan kebaikan.
6) Bersedekah
Orang yang membudayakan amalan bersedekah juga mendapat pahala yang berlipat ganda.
Sabda Rasulullah s.a.w:
" Manusia itu mempunyai 360 persendian.Masing-masing persendian itu mestilah dikeluarkan sedekahnya pada setiap hari.Perkataan yang baik yang diucapkan seseorang ialah sedekah.Pertolongan seseorang yang diberikan kepada saudaranya adalah sedekah dan air yang diberinya minum ialah sedekah.Menyingkirkan gangguan dari jalan pun sedekah.(Riwayat Tabrani)