Wednesday, October 21, 2009

Majlis Pembacaan Kutubun Sittah di ACC Dibatalkan oleh JPMK



Saya turut merasai kesedihan ,marah dan hampa dengan Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah (JPMK ) seperti mana yang dialami oleh seluruh kepimpinan PMRAM dan ahli PMRAM sendiri apabila hasrat mereka untuk menggagalkan Program Pembacaan Kutubun Sittah bersama para Masayikh di Azhar Conference Center berjaya dilaksanakan.



Akibatnya PMRAM terpaksa mencari tempat lain untuk melaksanakan program tersebut.Antaranya Rumah Johor di Rab'ah dan Nadi Riadhi Haiyu Sadis.Di Nadi Riadhi mungkin tidak ada masalah tetapi ia menimbulkan sedikit kesulitan kepada sebahagian para masyaikh apabila terpaksa dipapah naik ke Ting 6 di Rumah Johor.


Berikut ialah kenyataan Us Hairul Nizam,Penasihat PMRAM:


"Semua orang marah. Sakit hati dengan sikap encik ini yang tidak mahu bertanggungjawab atas tindakan lantungnya. Saya masih tak dapat melupakan bagaimana para ulama yang telah bersama dalam majlis pembacaan Sahih al-Bukhari baru-baru ini disusahkan. Masih terbayang bagaimana al-Syeikh Muhammad Ibrahim Abdul Ba`ith al-Kattani terpaksa dipapah naik ke tingkat 6 dalam usia tua beliau. Tak dapat lupa lagi bagaimana Syeikh Yusri terpaksa ambil cuti daripada kerja lantaran kerja jahat encik ini sampai waktu dan jadual asal yang diatur terpaksa diubah yang mengakibatkan masa para masyaikh ini terpaksa diubah dan disusun sekali lagi."



Saya yakin semua pelajar mengutuk perbuatan pihak JPMK yang berusaha sedaya upaya untuk menggagalkan program tersebut.Bahkan ini bukan kali pertama.

Bayangkan majlis ilmu bersama ulama' cuba digagalkan.Bukannya majlis maksiat.Saya juga merasa hampa dengan Pengarah JPMK sendiri yang tidak menghadiri sesi dialog dengan para pelajar untuk menjelaskan isu berkenaan.Agaknya Prof Jamil takut diserang.Apapun kalau berani buat beranilah tanggung.


Pemangku Presiden Us Shahrizan Hazime menyampaikan cenderahati kepada Syeikh Dr Ali Jum'ah diringi oleh Pengarah Program Us Adlan Mokhtaruddin


Sekalung tahniah juga diucapkan kepada Adhoc Pelaksana Program dan Kepimpinan PMRAM yang bertungkus lumus menjayakan program ini.Saya merasa cemburu kerana tidak dapat ikut serta dalam majlis ilmu bersama para ulama' akbar di Mesir.Sesungguhnya bukan mudah untuk bersemuka dengan mereka.Tetapi melalui program sebegini para azhari dan azihariah dapat mendampingi para ulama' yang merupakan pewaris para anbiya'.Sesungguhnya beruntunglah kepada sesiapa yang dapat mendampingi orang-orang yang Saleh.







Satu Amal Satu Fikrah

Sayang PMRAM!



Mantan HEWI PMRAM 07 & 08




No comments:

Post a Comment