Sunday, November 15, 2009

Wajah anak-anak buah

Alhamdulillah,semalam saya diberitakan dengan kelahiran puteri ketiga abang sulung saya yang diberi nama Nur Alia Balqis.Kelahirannya menambahkan jumlah bilangan anak buah saya ke angka 14
Syukur pada Allah.Sebaik sahaja diberitakan mengenai kelahirannya oleh abang kedua saya,saya terus menelefon abang sulung namaun tidak berhasil.Terus saya mendail nombor isterinya.Panggilan saya dijawab oleh anak ketiga beliau Nurul Aqilah yang mengatakan bahawa ibunya selamat melahirkan bayi perempuan di dalam ambulans 10 minit sebelum tiba di Hospital Sungai Petani.Tentu gembira K.Yong,Asyraf dan Aqilah dengan kelahiran adik mereka.Mana taknya rumah mereka sudah lama tidak mendengar tangisan bayi hampir 10 tahu


Tahniah sekali lagi buat Abang Fakhrurazi dan Kak Azimah!!!






Wafiq,Shahir dan Daiyan ketika baru beberapa bulan




Terbayang wajah anak-anak buah yang lain.Masing-masing mempunyai karenah yang tersendiri yang semestinya menjadi penghibur kepada seluruh ahli keluarga.Rumah akan sunyi sepi tanpa kehadiran mereka.Benarlah kata-kata bahawa anak merupakan perhiasan dunia dan juga merupakan amanah Allah yang perlu dijaga.

Shahir dan makin banyak karenahnya!






Dan makin comel. Juga x pandai duduk diam Serta asyik berkepit dengan "Pooh "nya





Si comel ni namanya Aiman Ajwad.Baru berusia 6 bulan.Tapi dah makin tembam




Walaupun abangnya Akram tak berapa nak peduli sangat adiknya ni tapi Akram tetap sayangkan Aiman


Tapi Aiman jangan risau Kak Damia boleh tolong jaga Aiman kan!







Tapi Damia jangan lupa jaga Adik Wafiq juga tau!







Selamat Pengantin Baru




Selamat Pengantin Baru buat:




Siti Anisah Ahmad
(Timb Pengerusi HEWI PMRAM)


dan pasangannya


Us Faizol Endut
(Mantan Pengerusi Tanta)





Semoga Berbahagia hingga ke akhirnya.....................

Sunday, November 8, 2009

Warkah buat Pengantin Baru

Gambar Perkahwinan Us Muiz dan isteri.Maaf Us Syafiq,ana copy dari blog ustaz.

Ucapan tahniah dan Selamat Pengantin Baru saya tujukan khas buat 3 orang sahabat seperjuangan saya Alfadhil Us Abd Muiz Muhammad (Presiden PMRAM),Al-Fadhil Us Muhammad Mujahid Muhammad Fadzil (Penasihat KPIPM) dan Ustazah Siti Anisah Ahmad (Tim Pengerusi HEWI PMRAM) dengan pasangan masing-masing.


Ketiga -tiga sahabat ini yang saya cukup hormat dan kagum dan masing-masing mempunyai ketokohan tersendiri.Saya juga satu ketika dulu pernah bersama-sama mereka mengharungi jerit,payah ,pahit dan maung dalam mengemudi bahtera KPIPM dan PMRAM.Kenangan bersama-sama mereka saya tidak dapat lupakan.Tahniah sekali lagi.


Buat Presiden PMRAM,ana doakan ustaz bahagia dan dapat menyeimbangkan antara rumahtangga,pelajaran dan persatuan.InsyaAllah ,pengalaman bekerja bersama-sama ustaz dalam Lajnah dan Unit Perancang dan Panitia PMRAM akan ana ingat selama-lamanya.Asif jiddan sebab tidak dapat menghadiri walimah ustaz.


Buat Dik Chah yang ude kasihi....,


Ude agak terkejut bila mendapat sms dari Dik Chah tentang undangan walimah Dik Chah.Tup tap ..tup tap,dengar nak kawin.Walaubagaimanpun,Tahniah! ude tumpang gembira.Mesti gempak ahli PMRAM tahun ni sebab Presiden dan Raisah kawin.Tahun lepas Presiden yang kawin.Tahun sebelum tu,Raisah,alih-alih tahun ni Pres dan Raisah kawin serentak.


Buat junior ana Us Mujahid,


Tahniah! Ana yakim ustaz dah bersedia untuk memikul tanggungjawab ini.Teruskan menabur khidmat dan bakti untuk KPIPM dan PMRAM selama ustaz berada di Mesir.


Wednesday, November 4, 2009

Berakhirnya MAT.........

Sudah beberapa hari saya membiarkan blog ini bersawang.Kesibukan membantu para pelajar menguruskan Mesyuarat Agung Tahunan Ikatan Ukhuwah Islamiah SARJANA menyebabkan saya tidak dapat mengupdate blog ini.Lebih-lebih lagi laptop saya digunakan oleh anak-anak didik saya Shamir dan Yang Aiman untuk melaksanakan kerja-kerja berkaitan MAT.Alhamdulillah !!Saya dah boleh merehatkan diri selepas beberapa hari tidak cukup tidur untuk memastikan MAT Agung IUI kali pertama berjalan lancar.

Walau bagaimanapun saya berasa seronok kerana dapat membantu mereka untuk melaksanakan MAT tersebut.Lebih-lebih lagi MAT ini pertama kali dijalankan.Hasrat saya untuk membimbing mereka melaksanakan program-program sebegini dan melatih mereka dalam berorganisasi.Tahniah saya ucapkan kepada Kepimpinan IUI 09 serta barisan pelaksana MAT IUI Kali Pertama kerana berjaya melaksanakannya dengan baik sekali.Walaupun MAT ini hanya berlangsung selama 4 jam ,namun ianya cukup untuk mereka menimba ilmu tentang cara pengendalian MAT.

Saya sebenarnya rindukan suasana berada dalam persatuan dan kepimpinan.Pengalaman yang saya timba selaku kepimpinan di KPIPM dan PMRAM tidak akan saya sia-siakan .InsyaAllah selama mana saya berkhidmat di SARJANA ini saya akan terus membimbing anak-anak didik saya tentang ilmu kepimpinan.

Monday, October 26, 2009

Disinilah dijalankan aktiviti River Crossing



Saya baru balik dari Kem Nur Lembah Lenggong,mengikuti Kem Wajdiri yang dilaksanakan di sana untuk Pelajar-pelajar Tingkatan Tiga.Kali ke dua ke sana selepas Program Kem Remaja Luqman yang dijalankan minggu lepas. Masih terasa sengal-sengal badan selepas melakukan beberapa aktiviti yang menguji ketahanan fizikal.Terasa seronok pula,Yelah ,aktiviti yang telah lama ditinggalkan.


Flying Fox - salah satu aktiviti yang dijalankan



Sekarang saya sibuk membantu Badan Dakwah sekolah iaitu Ikatan Ukhuwah Islamiah SARJANA untuk melaksanakan Mesyuarat Agung Tahunan.Segala pengalaman yang saya kutip sewaktu di Mesir dahulu akan saya gunakan untuk membimbing anak-anak didik SARJANA .Manhaj Usrah pun saya dah serahkan kepada Penasihat IUI untuk difotostat.Tahun depan saya akan memulakan dari awal membimbing kepimpinan untuk melaksanakan agenda tarbiah di sekolah ini.Moga amal ini diterima dan diberkati oleh Allah.





InsyaAllah esok akan dimulakan pengajian daurah Matan Aj-Jurmiah yang mana tenaga pengajarnya di jemput khas dari Pondok Pak Teh,Pengkalan Hulu.Alhamdulillah dengan inisiatif pihak sekolah pelajar-pelajar dapat di dedahkan dengan ilmu ini yang mana ia amat penting untuk mendalami Bahasa Arab.Syukran jazilan kepada Us Jamil yang berusaha sedaya upaya untuk melaksanakan pengajian ini.






Thursday, October 22, 2009

Selamat Pengantin Baru


Selamat Pengantin baru diucapkan buat Al-Fadhil Ustaz Muhammad Mujahid Muhammad Fadzil dan Ustazah Shahidatul Akmal Dahalan yang akan melangsungkan perkahwinan pada 24 Oktober 2009


Semoga berbaahgia hingga ke akhirnya

Wednesday, October 21, 2009

Majlis Pembacaan Kutubun Sittah di ACC Dibatalkan oleh JPMK



Saya turut merasai kesedihan ,marah dan hampa dengan Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah (JPMK ) seperti mana yang dialami oleh seluruh kepimpinan PMRAM dan ahli PMRAM sendiri apabila hasrat mereka untuk menggagalkan Program Pembacaan Kutubun Sittah bersama para Masayikh di Azhar Conference Center berjaya dilaksanakan.



Akibatnya PMRAM terpaksa mencari tempat lain untuk melaksanakan program tersebut.Antaranya Rumah Johor di Rab'ah dan Nadi Riadhi Haiyu Sadis.Di Nadi Riadhi mungkin tidak ada masalah tetapi ia menimbulkan sedikit kesulitan kepada sebahagian para masyaikh apabila terpaksa dipapah naik ke Ting 6 di Rumah Johor.


Berikut ialah kenyataan Us Hairul Nizam,Penasihat PMRAM:


"Semua orang marah. Sakit hati dengan sikap encik ini yang tidak mahu bertanggungjawab atas tindakan lantungnya. Saya masih tak dapat melupakan bagaimana para ulama yang telah bersama dalam majlis pembacaan Sahih al-Bukhari baru-baru ini disusahkan. Masih terbayang bagaimana al-Syeikh Muhammad Ibrahim Abdul Ba`ith al-Kattani terpaksa dipapah naik ke tingkat 6 dalam usia tua beliau. Tak dapat lupa lagi bagaimana Syeikh Yusri terpaksa ambil cuti daripada kerja lantaran kerja jahat encik ini sampai waktu dan jadual asal yang diatur terpaksa diubah yang mengakibatkan masa para masyaikh ini terpaksa diubah dan disusun sekali lagi."



Saya yakin semua pelajar mengutuk perbuatan pihak JPMK yang berusaha sedaya upaya untuk menggagalkan program tersebut.Bahkan ini bukan kali pertama.

Bayangkan majlis ilmu bersama ulama' cuba digagalkan.Bukannya majlis maksiat.Saya juga merasa hampa dengan Pengarah JPMK sendiri yang tidak menghadiri sesi dialog dengan para pelajar untuk menjelaskan isu berkenaan.Agaknya Prof Jamil takut diserang.Apapun kalau berani buat beranilah tanggung.


Pemangku Presiden Us Shahrizan Hazime menyampaikan cenderahati kepada Syeikh Dr Ali Jum'ah diringi oleh Pengarah Program Us Adlan Mokhtaruddin


Sekalung tahniah juga diucapkan kepada Adhoc Pelaksana Program dan Kepimpinan PMRAM yang bertungkus lumus menjayakan program ini.Saya merasa cemburu kerana tidak dapat ikut serta dalam majlis ilmu bersama para ulama' akbar di Mesir.Sesungguhnya bukan mudah untuk bersemuka dengan mereka.Tetapi melalui program sebegini para azhari dan azihariah dapat mendampingi para ulama' yang merupakan pewaris para anbiya'.Sesungguhnya beruntunglah kepada sesiapa yang dapat mendampingi orang-orang yang Saleh.







Satu Amal Satu Fikrah

Sayang PMRAM!



Mantan HEWI PMRAM 07 & 08




Tuesday, October 20, 2009

Kunjungan YB Baling ke Ardhul Kinanah

Beberapa foto P.Long yang sempat saya copy untuk dimuatkan dalam blog ini.Seperti biasa apabila ada kepimpinan yang menziarahi Mesir baik urusan rasmi atau tidak para penuntut Al-Azhar tidak melepaskan peluang untuk bertemu dan beramah mesra dengan mereka malah beberapa program turut diatur untuk mendapatkan sedikit ilmu dari mereka.

P.long mengambil peluang menziarahi penuntut yang mengalami musibah


Ceramah P.Long di Dataran Haiyu Asyir bersama Us Fauzan Mazlan


Tentu P.Long tak menang tangan melayan tetamu yang datang berkunjung di Rumah Tetamu Kedah Haiyu Asyir.Niat asal untuk menghantar anak beliau yang akan melanjutkan pengajian di Shoubra serta menjemput anak-anak kembarnya yang sudah menamatkan pengajian di Universiti Al-Azhar ,Damanhur bertukar menjadi program pemimpin bersama rakyat.Malah,adik saya secara tidak langsung menjadi pengiring tetap kepada P.Long dan M.Long sepanjang berada di sana.
Semoga kunjungan beliau dan isteri ke sana mendapat rahmat daripada Allah
p/s Saya sebenarnya jeaolus x dapat ikut serta...rasa nak terbang balik ke Mesir!

Selamat Menghadapi Imtihan




Pelajar Ting 4 SARJANA sedang menduduki peperiksaan Kertas Sejarah









Khas buat anak-anak murid ustazah sekalian....


Selamat Menghadapi Peperiksaan,Ustazah doakan agar kalian semua mendapat kejayaan yang cemerlang.

Buat pelajar-pelajar STAM,Ustazah doakan agar kalian semua berjaya dalam imtihan dan
berjaya melanjutkan pengajian di Ardhul Kinanah untuk meneruskan usaha pencarian Ilmu Allah Taala.
Bittaufiq wan Najah....

KEM REMAJA LUQMAN – KPIPM TURUN PADANG

Adhoc dan Fasilitator bergambar kenangan bersama Pengarah JAIPk

Alhamdulillah pada tanggal 16-18 Oktober 2009,Pejabat Agama Daerah Grik dan Pengkalan Hulu dengan kerjasama Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir(KPIPM) Berjaya menganjurkan Kem Remaja Luqman yang bertempat di Nur Lembah Lenggong,Lenggong,Perak.Para peserta yang terlibat ialah dari lingkungan 15-30 tahun yang datang dari daerah Pengkalan Hulu dan Grik.Manakala fasilitator dan adhoc terdiri daripada ahli KPIPM yang pulang bercuti dan yang sudah tamat belajar.


Objektif program ini dilakukan ialah untuk memberi pendedahan kepada remaja tentang hala tuju hidup yang jelas dan membantu membina jatidiri berpandukan kepada modul Luqmanul Hakim.Antara pengisian yang diadakan ialah Talk Show bertajuk :We Must Be Like Him(Rasulullah s.a.w) yang dipanelkan oleh Tuan Hj Mohd Kamal Bin Nor dan Tuan Haji Zakaria Abd Razak dan dimoderatorkan oleh Us Husni dan Ust Nur Raudhah Hanum, Pembentangan It is Our Body,Kursus Ringkas Amali Solat,Forum Perdana serta Koreksi Diri.




Forum Perdana yang berlangsung di Masjid Jamek,Lenggong


Pada Hari Sabtu diadakan Forum Perdana yang bertempat di Masjid Jamek Lenggong yang membariskan panel-panel yang terdiri daripada Us Munawir bin Salehuddin,bekas penuntut Azhar dan Us Mujahid Muhammad Fadzil ,Mantan YDP KPIPM yang juga penuntut Kuliah Usuluddin,Univ Al-Azhar ,Kaherah.Forum yang bertajuk Hubungan Kekeluargaan Dalam Pembentukan Masyarakat dikupas dengan menarik oleh kedua-dua ahli panel sehingga memukau para hadirin yang terdiri daripada penduduk kampung serta peserta-peserta Kem Remaja Luqman sendiri.

Program sebegini merupakan satu kejayaan besar kepada KPIPM kerana buat pertama kalinya dapat turun kepada masyarakat yang mempunyai latar belakang yang pelbagai.Tahniah diucapkan! Sekalung penghargaan yang tidak terhingga juga diucapkan kepada Pejabat Agama Daerah Grik dan Pengkalan Hulu yang memberi peluang kepada KPIPM untuk menjayakan program ini.

Monday, October 19, 2009

Kenyataan Rasmi MANHAL PMRAM-Isu Pemakaian Niqab/Purdah


1. Permasalahan pemakaian niqab/purdah bagi wanita adalah merupakan perselisihan dalam perkara cabang (furu') di dalam perbahasan hukum. Berikut adalah kesimpulan pandangan para fuqaha terhadap masalah pemakaian niqab/purdah:


Mazhab Hanafi : Wajah dan pergelangan tangan bukanlah aurat tetapi diharamkan bagi lelaki ajnabi untuk melihatnya apabila disertai dengan syahwat.


Mazhab Maliki : Wajib bagi seorang wanita untuk menutup muka dan pergelangan tangan apabila berada bersama lelaki ajnabi


Mazhab Syafi`e : Tidak wajib menutup muka dan pergelangan tangan. Namun pandangan muktamad di sisi Mazhab Syafi`e adalah wajib menutup muka dan pergelangan tangan.


Mazhab Hambali: Wajib menutup muka dan pergelangan tangan.


2. Kenyataan Imam al-Akbar Syeikh Muhammad Sayyid Tantawi yang telah disiarkan oleh media tempatan dan luar adalah tidak tepat dengan situasi sebenar bahkan telah diputarbelitkan.


3. Majlis Tertinggi al-Azhar al-Syarif yang bersidang pada 8/10/2009 telah membuat beberapa keputusan berkenaan isu pemakaian purdah seperti berikut:


1) Para pelajar perempuan dibenarkan untuk memasuki premis al-Azhar al-Syarif secara berniqab. Wanita yang berniqab tidak boleh dihalang daripada memasuki perkarangan al-Azhar al-Syarif2) Para pelajar perempuan dibenarkan memakai niqab apabila ada orang lelaki bersama mereka di dalam premis al-Azhar


3) Para pelajar perempuan tidak dibenarkan memakai niqab di dalam bilik-bilik kelas kerana semua pelajar adalah perempuan. Larangan ini berkuatkuasa apabila guru yang mengajar juga adalah perempuan


4) Para pelajar perempuan tidak dibenarkan untuk memakai niqab sewaktu peperiksaan berlangsung. Maka para pengawal semasa peperiksaan berlangsung hendaklah di kalangan wanita.


5) Majlis Tertinggi al-Azhar bukanlah menghalang wanita daripada memakai niqab dalam kehidupan seharian mereka sebaliknya Majlis tidak bersetuju niqab dipakai pada tempat-tempat yang tidak sepatutnya yang akan memberikan kesan yang negatif pada pemikiran kanak-kanak lebih-lebih lagi pandangan yang mengatakan bahawa wajah wanita wajib untuk ditutup adalah pandangan minoriti fuqaha Islam.


4. Setelah meneliti dan mengkaji perkara di atas, Markaz Pengumpulan Kajian dan Hasilan Penyelidikan ( MANHAL ) PMRAM menegaskan beberapa perkara untuk diambil perhatian:


1. Memahami bahawa masalah khilaf tidak sepatutnya menjadi pertikaian dan perselisihan berdasarkan kaedah yang berbunyi:
" لاَ يُنْكَرُ الْمُخْتَلَفُ فِيْهِ ، وَإِنَّمَا يُنْكَرُ الْمُجْمَعُ عَلَيْهِ "
Yang bermaksud:
"Perkara yang berlaku khilaf tidak perlu untuk dipertikaikan sebaliknya perkara yang perlu untuk dipertikaikan adalah apabila perkara tersebut merupakan perkara yang disepakati oleh para ulama secara Ijmak."
Oleh itu, umat Islam dibolehkan untuk mengambil mana-mana pandangan para fuqaha.


2. Menghormati al-Azhar al-Syarif sebagai satu institusi keilmuan Islam yang diiktiraf sejak dulu hingga sekarang kerana bermanhaj dengan manhaj ilmu yang sederhana (wasatiah)


3. Bersangka baik dengan para ulama sekiranya timbul usaha untuk melaga-lagakan antara mereka dalam sesuatu isu serta merujuk terus kepada sumber yang boleh dipercayai


4. Tidak melupakan isu utama yang disepakati oleh ulama iaitu wajib menutup aurat disebabkan terlalu membesarkan masalah furu'.


5. Semua pihak perlu menghormati ketetapan yang diluluskan oleh al-Azhar al-Syarif dan membenarkan pemakaian niqab/purdah di premis-premis dan rumah-rumah negeri.
________________________________________________________________________________________________
Kenyataan ini telah disepakati melalui perbincangan pihak felo MANHAL PMRAM seperti berikut:
1. Mohd Juzaili b. Juhan

2. Mohd Khairi b. Abdullah

3. Hairul Nizam b.Mat Husain

4. Mohd Fakerei b. Mahyudin