
Thursday, October 22, 2009
Selamat Pengantin Baru

Wednesday, October 21, 2009
Majlis Pembacaan Kutubun Sittah di ACC Dibatalkan oleh JPMK
Berikut ialah kenyataan Us Hairul Nizam,Penasihat PMRAM:
"Semua orang marah. Sakit hati dengan sikap encik ini yang tidak mahu bertanggungjawab atas tindakan lantungnya. Saya masih tak dapat melupakan bagaimana para ulama yang telah bersama dalam majlis pembacaan Sahih al-Bukhari baru-baru ini disusahkan. Masih terbayang bagaimana al-Syeikh Muhammad Ibrahim Abdul Ba`ith al-Kattani terpaksa dipapah naik ke tingkat 6 dalam usia tua beliau. Tak dapat lupa lagi bagaimana Syeikh Yusri terpaksa ambil cuti daripada kerja lantaran kerja jahat encik ini sampai waktu dan jadual asal yang diatur terpaksa diubah yang mengakibatkan masa para masyaikh ini terpaksa diubah dan disusun sekali lagi."
Satu Amal Satu Fikrah
Sayang PMRAM!
Mantan HEWI PMRAM 07 & 08
Tuesday, October 20, 2009
Kunjungan YB Baling ke Ardhul Kinanah

Selamat Menghadapi Imtihan


KEM REMAJA LUQMAN – KPIPM TURUN PADANG
Objektif program ini dilakukan ialah untuk memberi pendedahan kepada remaja tentang hala tuju hidup yang jelas dan membantu membina jatidiri berpandukan kepada modul Luqmanul Hakim.Antara pengisian yang diadakan ialah Talk Show bertajuk :We Must Be Like Him(Rasulullah s.a.w) yang dipanelkan oleh Tuan Hj Mohd Kamal Bin Nor dan Tuan Haji Zakaria Abd Razak dan dimoderatorkan oleh Us Husni dan Ust Nur Raudhah Hanum, Pembentangan It is Our Body,Kursus Ringkas Amali Solat,Forum Perdana serta Koreksi Diri.
Forum Perdana yang berlangsung di Masjid Jamek,Lenggong
Pada Hari Sabtu diadakan Forum Perdana yang bertempat di Masjid Jamek Lenggong yang membariskan panel-panel yang terdiri daripada Us Munawir bin Salehuddin,bekas penuntut Azhar dan Us Mujahid Muhammad Fadzil ,Mantan YDP KPIPM yang juga penuntut Kuliah Usuluddin,Univ Al-Azhar ,Kaherah.Forum yang bertajuk Hubungan Kekeluargaan Dalam Pembentukan Masyarakat dikupas dengan menarik oleh kedua-dua ahli panel sehingga memukau para hadirin yang terdiri daripada penduduk kampung serta peserta-peserta Kem Remaja Luqman sendiri.
Program sebegini merupakan satu kejayaan besar kepada KPIPM kerana buat pertama kalinya dapat turun kepada masyarakat yang mempunyai latar belakang yang pelbagai.Tahniah diucapkan! Sekalung penghargaan yang tidak terhingga juga diucapkan kepada Pejabat Agama Daerah Grik dan Pengkalan Hulu yang memberi peluang kepada KPIPM untuk menjayakan program ini.
Monday, October 19, 2009
Kenyataan Rasmi MANHAL PMRAM-Isu Pemakaian Niqab/Purdah

Mazhab Hanafi : Wajah dan pergelangan tangan bukanlah aurat tetapi diharamkan bagi lelaki ajnabi untuk melihatnya apabila disertai dengan syahwat.
2. Kenyataan Imam al-Akbar Syeikh Muhammad Sayyid Tantawi yang telah disiarkan oleh media tempatan dan luar adalah tidak tepat dengan situasi sebenar bahkan telah diputarbelitkan.
3. Majlis Tertinggi al-Azhar al-Syarif yang bersidang pada 8/10/2009 telah membuat beberapa keputusan berkenaan isu pemakaian purdah seperti berikut:
1) Para pelajar perempuan dibenarkan untuk memasuki premis al-Azhar al-Syarif secara berniqab. Wanita yang berniqab tidak boleh dihalang daripada memasuki perkarangan al-Azhar al-Syarif2) Para pelajar perempuan dibenarkan memakai niqab apabila ada orang lelaki bersama mereka di dalam premis al-Azhar
3) Para pelajar perempuan tidak dibenarkan memakai niqab di dalam bilik-bilik kelas kerana semua pelajar adalah perempuan. Larangan ini berkuatkuasa apabila guru yang mengajar juga adalah perempuan
4) Para pelajar perempuan tidak dibenarkan untuk memakai niqab sewaktu peperiksaan berlangsung. Maka para pengawal semasa peperiksaan berlangsung hendaklah di kalangan wanita.
5) Majlis Tertinggi al-Azhar bukanlah menghalang wanita daripada memakai niqab dalam kehidupan seharian mereka sebaliknya Majlis tidak bersetuju niqab dipakai pada tempat-tempat yang tidak sepatutnya yang akan memberikan kesan yang negatif pada pemikiran kanak-kanak lebih-lebih lagi pandangan yang mengatakan bahawa wajah wanita wajib untuk ditutup adalah pandangan minoriti fuqaha Islam.
4. Setelah meneliti dan mengkaji perkara di atas, Markaz Pengumpulan Kajian dan Hasilan Penyelidikan ( MANHAL ) PMRAM menegaskan beberapa perkara untuk diambil perhatian:
1. Memahami bahawa masalah khilaf tidak sepatutnya menjadi pertikaian dan perselisihan berdasarkan kaedah yang berbunyi:
" لاَ يُنْكَرُ الْمُخْتَلَفُ فِيْهِ ، وَإِنَّمَا يُنْكَرُ الْمُجْمَعُ عَلَيْهِ "
Yang bermaksud:
"Perkara yang berlaku khilaf tidak perlu untuk dipertikaikan sebaliknya perkara yang perlu untuk dipertikaikan adalah apabila perkara tersebut merupakan perkara yang disepakati oleh para ulama secara Ijmak."
Oleh itu, umat Islam dibolehkan untuk mengambil mana-mana pandangan para fuqaha.
2. Menghormati al-Azhar al-Syarif sebagai satu institusi keilmuan Islam yang diiktiraf sejak dulu hingga sekarang kerana bermanhaj dengan manhaj ilmu yang sederhana (wasatiah)
3. Bersangka baik dengan para ulama sekiranya timbul usaha untuk melaga-lagakan antara mereka dalam sesuatu isu serta merujuk terus kepada sumber yang boleh dipercayai
4. Tidak melupakan isu utama yang disepakati oleh ulama iaitu wajib menutup aurat disebabkan terlalu membesarkan masalah furu'.
5. Semua pihak perlu menghormati ketetapan yang diluluskan oleh al-Azhar al-Syarif dan membenarkan pemakaian niqab/purdah di premis-premis dan rumah-rumah negeri.
________________________________________________________________________________________________
Kenyataan ini telah disepakati melalui perbincangan pihak felo MANHAL PMRAM seperti berikut:
1. Mohd Juzaili b. Juhan