Wednesday, November 4, 2009
Berakhirnya MAT.........
Monday, October 26, 2009
Disinilah dijalankan aktiviti River CrossingSaya baru balik dari Kem Nur Lembah Lenggong,mengikuti Kem Wajdiri yang dilaksanakan di sana untuk Pelajar-pelajar Tingkatan Tiga.Kali ke dua ke sana selepas Program Kem Remaja Luqman yang dijalankan minggu lepas. Masih terasa sengal-sengal badan selepas melakukan beberapa aktiviti yang menguji ketahanan fizikal.Terasa seronok pula,Yelah ,aktiviti yang telah lama ditinggalkan.
Flying Fox - salah satu aktiviti yang dijalankanSekarang saya sibuk membantu Badan Dakwah sekolah iaitu Ikatan Ukhuwah Islamiah SARJANA untuk melaksanakan Mesyuarat Agung Tahunan.Segala pengalaman yang saya kutip sewaktu di Mesir dahulu akan saya gunakan untuk membimbing anak-anak didik SARJANA .Manhaj Usrah pun saya dah serahkan kepada Penasihat IUI untuk difotostat.Tahun depan saya akan memulakan dari awal membimbing kepimpinan untuk melaksanakan agenda tarbiah di sekolah ini.Moga amal ini diterima dan diberkati oleh Allah.
InsyaAllah esok akan dimulakan pengajian daurah Matan Aj-Jurmiah yang mana tenaga pengajarnya di jemput khas dari Pondok Pak Teh,Pengkalan Hulu.Alhamdulillah dengan inisiatif pihak sekolah pelajar-pelajar dapat di dedahkan dengan ilmu ini yang mana ia amat penting untuk mendalami Bahasa Arab.Syukran jazilan kepada Us Jamil yang berusaha sedaya upaya untuk melaksanakan pengajian ini.
Thursday, October 22, 2009
Selamat Pengantin Baru
Wednesday, October 21, 2009
Majlis Pembacaan Kutubun Sittah di ACC Dibatalkan oleh JPMK
Berikut ialah kenyataan Us Hairul Nizam,Penasihat PMRAM:
"Semua orang marah. Sakit hati dengan sikap encik ini yang tidak mahu bertanggungjawab atas tindakan lantungnya. Saya masih tak dapat melupakan bagaimana para ulama yang telah bersama dalam majlis pembacaan Sahih al-Bukhari baru-baru ini disusahkan. Masih terbayang bagaimana al-Syeikh Muhammad Ibrahim Abdul Ba`ith al-Kattani terpaksa dipapah naik ke tingkat 6 dalam usia tua beliau. Tak dapat lupa lagi bagaimana Syeikh Yusri terpaksa ambil cuti daripada kerja lantaran kerja jahat encik ini sampai waktu dan jadual asal yang diatur terpaksa diubah yang mengakibatkan masa para masyaikh ini terpaksa diubah dan disusun sekali lagi."
Satu Amal Satu Fikrah
Sayang PMRAM!
Mantan HEWI PMRAM 07 & 08
Tuesday, October 20, 2009
Kunjungan YB Baling ke Ardhul Kinanah

Selamat Menghadapi Imtihan
Pelajar Ting 4 SARJANA sedang menduduki peperiksaan Kertas Sejarah
KEM REMAJA LUQMAN – KPIPM TURUN PADANG
Objektif program ini dilakukan ialah untuk memberi pendedahan kepada remaja tentang hala tuju hidup yang jelas dan membantu membina jatidiri berpandukan kepada modul Luqmanul Hakim.Antara pengisian yang diadakan ialah Talk Show bertajuk :We Must Be Like Him(Rasulullah s.a.w) yang dipanelkan oleh Tuan Hj Mohd Kamal Bin Nor dan Tuan Haji Zakaria Abd Razak dan dimoderatorkan oleh Us Husni dan Ust Nur Raudhah Hanum, Pembentangan It is Our Body,Kursus Ringkas Amali Solat,Forum Perdana serta Koreksi Diri.
Forum Perdana yang berlangsung di Masjid Jamek,Lenggong
Pada Hari Sabtu diadakan Forum Perdana yang bertempat di Masjid Jamek Lenggong yang membariskan panel-panel yang terdiri daripada Us Munawir bin Salehuddin,bekas penuntut Azhar dan Us Mujahid Muhammad Fadzil ,Mantan YDP KPIPM yang juga penuntut Kuliah Usuluddin,Univ Al-Azhar ,Kaherah.Forum yang bertajuk Hubungan Kekeluargaan Dalam Pembentukan Masyarakat dikupas dengan menarik oleh kedua-dua ahli panel sehingga memukau para hadirin yang terdiri daripada penduduk kampung serta peserta-peserta Kem Remaja Luqman sendiri.
Program sebegini merupakan satu kejayaan besar kepada KPIPM kerana buat pertama kalinya dapat turun kepada masyarakat yang mempunyai latar belakang yang pelbagai.Tahniah diucapkan! Sekalung penghargaan yang tidak terhingga juga diucapkan kepada Pejabat Agama Daerah Grik dan Pengkalan Hulu yang memberi peluang kepada KPIPM untuk menjayakan program ini.


