Wednesday, January 13, 2010

PMRAM....Seagung Namamu




Sekian lama kau menaungi kami

Sekian lama kau bersama kami

Susah dan senang kami disini

Kau tetap setia di sisi

Sekian lama kau menaungi kami

Sekian lama kau bersama kami

Susah senangmu kami rasai

Cintamu tetap di hati

Kini kami tahu

Hebatnya sejarahmu yang dulu

Kegemilangan usiamu yang lalu

Menjadi sumber inspirasi

Untukmu PMRAM 3X

Kami pertahankan

Demi menegakkan kesinambunganmu yang agung

Demi kejayaaan

Kau terus dijulang 2x

Lambang perpaduan




Sudah lama bait-bait ini tidak keluar dibibir saya.Sedar tak sedar sudah 9 bulan saya meninggalkan bumi Mesir dan PMRAM.

Selama 2 sesi saya memegang kepimpinan PMRAM,banyak ilmu dan pengalaman yang saya timba.Terima Kasih PMRAM kerana mengajar saya erti kesabaran,erti persaudaraan dan erti pengorbanan yang sebenar.Terlalu banyak dan susah untuk diungkapkan dengan kata-kata.



Sahabat2 pimpinan Badan Pengurus PMRAM


Sahabat2 Pimpinan HEWI PMRAM


Sahabat-sahabat pimpinan Badan Pengurus dan HEWI PMRAM yang saya anggap sebagai adik beradik sendiri.Terima Kasih kerana sudi menjadi sahabat akrab ,pendengar setia dan teman di kala suka dan duka.Penat dan lelah dirasai bersama-sama.Terasa rindu untuk bersama kalian semula.




Saya tidak percaya saya terpilih untuk memegang tampuk pimpinan PMRAM.PMRAM yang sudah mencapai usia 80 tahun yang saya kira terlalu hebat dari segi sejarahnya.Terlalu banyak sumbangan dan bakti yang dicurahkan sehingga melahirkan ramai tokoh-tokoh ilmuan Malaysia.Banyak aktiviti-aktiviti dan program dirangka untuk menyalurkan kebajikan,pendidikan kepada semua ahli-ahli sama ada penuntut Al-Azhar atau bukan.



PMRAM juga banyak mencipta nama bukan sahaja di Mesir ,malah di peringkat antarabangsa.Umpamanya penubuhan SOLADARITA,hasil daripada Persidangan Mahasiswa Islam Asia Barat(PERMIT).Saluran ini digunakan untuk menyatukan suara mahasiswa seluruh Asia.Seterusnya penubuhan Pavilion(Palestin With Love) yang bertanggungjawab mengetengahkan isu-isu umat Islam di Palestin dan menyampaikan sumbangan kepada mangsa-mangsa kekejaman Israel.PMRAM juga bertindak sebagai badan kebajikan yang meyalurkan zakat kepada ahli-ahli yang memerlukan.Ia juga mementingkan thaqafah ahli dengan menganjurkan pelbagai majlis-majlis ilmu yang menekankan ilmu turathi dan muasarah.
Majlis Bacaan Sanad Kutubun Sittah merupakan kejayaan besar kepada PMRAM kerana berjaya menampilkan ulama'-ulama' Mesir seperti Mufti Mesir,Syeikh Dr Ali Jumu'ah,Syeikh Ibrahim Al-Kattani,Syeikh Sayid Usamah Azhari dan ramai lagi.


Tak kurang juga program-program berbentuk kesenian dan sukan disediakan.Ekspo Gempak PMRAM merupakan program tahunan sempena Sambutan Hari Kebangsaan Malaysia.Banyak lagi aktiviti-aktiviti yang dilakukan untuk menyatukan mahasiswa Al-Azhar yang menuntut di Perlembahan Nil .


Saya bersyukur kerana sedikit pengalaman yang saya timba di Mesir mematangkan saya dan mengajar saya untuk menjadi insan yang berguna dan boleh memanfaatkan ilmu untuk diri dan orang lain.



Terima Kasih PMRAM!


Suka saya nyatakan yang "Saya Sayangkan PMRAM"

1 comment:

  1. salam.sungguh hebat srikandi ini.Moga istiqamah dalam perjuangan.

    ReplyDelete