Tuesday, January 12, 2010

Syukur pada Mu Ya Allah


Alhamdulillah,sudah hampir dua minggu pembelajaran bermula di SARJANA.Pembelajaran masih belum berjalan dengan sempurna kerana Pelajar-pelajar STAM masih belum mendaftar.Pelajar-pelajar Tingkatan Satu pula sibuk dengan orientasi.Walaubagaimanpun begitu,saya mesti menyusun teknik pembelajaran dan membuat persediaan untuk pembelajaran sebaiknya bagi memastikan pelajar-pelajar dapat menimba ilmu dengan lengkap dan sempurna.



Pada tahun ini saya diamanahkan dengan beberapa taklifan. Bermula dengan Penasihat kepada Badan Dakwah SARJANA iaitu Ikatan Ukhuwwah Islamiyah(IUI),Saya sudah merangka beberapa aktiviti pentarbiyahan untuk para pelajar.Manhaj Usrah pun sudah disiapkan.InsyaAllah pada tahun ini gerak kerja IUI akan diperkemaskan dari masa ke semasa.Saya doakan agar Kepimpinan IUI yang diketuai dengan Fadhlullah Al-Amin Abd Razak dapat memimpin IUI dengan baik dan membawa banyak perubahan dalam SARJANA sendiri.



Seterusnya beberapa taklifan lain iaitu Penasihat Kelab Nasyid dan Kompang dan juga Penasihat Kelab Silat.Walaupun saya tidak mempunyai kemahiran dalam kedua-dua bidang tersebut ,InsyaAllah saya akan memberikan komitmen yang terbaik dalam segala program dan aktiviti yang dijalankan.



Manakala subjek -subjek yang diajar pula agak berkurang daripada tahun lepas iaitu Mutolaah Nusus (Ting 1),Mutolaah Nusus(Ting 3),Nahu Sorof(Ting 3),Mutolaah Insya' (Ting 4),Tafsir (Ting 4),Tafsir (Ting 5) dan Arudh Qafiyah (STAM)



Pada akhir tahun lepas Alhamdulillah saya dan beberapa rakan guru ditawarkan dengan Jawatan Guru Sandaran Tak Terlatih (GSTT) Gred DC 41 dengan jumlah gaji sebanyak RM1900 lebih sebulan .Alhamdulillah syukur pada Allah atas nikmat yang diberikan.Saya juga diberitakan bahawa Setiausaha Kerajaan Negeri Perak akan membayar kembali gaji yang sebelum ini dibayar oleh pihak Jabatan Agama Islam berjumlah RM 11,000.

Tak lama kemudian saya diberitakan bahawa pihak sekolah akan menghantar saya ke Universiti Pendidikan Sultan Idris Tanjung Malim(UPSI) pada Julai ini bagi mengikuti Dip Perguruan Lepasan Ijazah (DPLI) selama setahun.Saya bersyukur kepada Allah atas rezeki yang tidak putus-putus.Semoga saya tergolong dalam hambaNya yang sentiasa bersyukur.



Saya yakin dan percaya bahawa rezeki yang Allah kurniakan kepada hamba-hambanya sebagai satu ujian untuk melihat sama ada hambanya bersyukur atau tidak dan melihat bagaimanakah manusia mengurus dan menggunakan hartanya. Saya berdoa agar terus dimurahkan rezeki dan mendapat keberkatan di dunia dan di akhirat.

No comments:

Post a Comment