Tuesday, January 12, 2010

Syukur pada Mu Ya Allah


Alhamdulillah,sudah hampir dua minggu pembelajaran bermula di SARJANA.Pembelajaran masih belum berjalan dengan sempurna kerana Pelajar-pelajar STAM masih belum mendaftar.Pelajar-pelajar Tingkatan Satu pula sibuk dengan orientasi.Walaubagaimanpun begitu,saya mesti menyusun teknik pembelajaran dan membuat persediaan untuk pembelajaran sebaiknya bagi memastikan pelajar-pelajar dapat menimba ilmu dengan lengkap dan sempurna.



Pada tahun ini saya diamanahkan dengan beberapa taklifan. Bermula dengan Penasihat kepada Badan Dakwah SARJANA iaitu Ikatan Ukhuwwah Islamiyah(IUI),Saya sudah merangka beberapa aktiviti pentarbiyahan untuk para pelajar.Manhaj Usrah pun sudah disiapkan.InsyaAllah pada tahun ini gerak kerja IUI akan diperkemaskan dari masa ke semasa.Saya doakan agar Kepimpinan IUI yang diketuai dengan Fadhlullah Al-Amin Abd Razak dapat memimpin IUI dengan baik dan membawa banyak perubahan dalam SARJANA sendiri.



Seterusnya beberapa taklifan lain iaitu Penasihat Kelab Nasyid dan Kompang dan juga Penasihat Kelab Silat.Walaupun saya tidak mempunyai kemahiran dalam kedua-dua bidang tersebut ,InsyaAllah saya akan memberikan komitmen yang terbaik dalam segala program dan aktiviti yang dijalankan.



Manakala subjek -subjek yang diajar pula agak berkurang daripada tahun lepas iaitu Mutolaah Nusus (Ting 1),Mutolaah Nusus(Ting 3),Nahu Sorof(Ting 3),Mutolaah Insya' (Ting 4),Tafsir (Ting 4),Tafsir (Ting 5) dan Arudh Qafiyah (STAM)



Pada akhir tahun lepas Alhamdulillah saya dan beberapa rakan guru ditawarkan dengan Jawatan Guru Sandaran Tak Terlatih (GSTT) Gred DC 41 dengan jumlah gaji sebanyak RM1900 lebih sebulan .Alhamdulillah syukur pada Allah atas nikmat yang diberikan.Saya juga diberitakan bahawa Setiausaha Kerajaan Negeri Perak akan membayar kembali gaji yang sebelum ini dibayar oleh pihak Jabatan Agama Islam berjumlah RM 11,000.

Tak lama kemudian saya diberitakan bahawa pihak sekolah akan menghantar saya ke Universiti Pendidikan Sultan Idris Tanjung Malim(UPSI) pada Julai ini bagi mengikuti Dip Perguruan Lepasan Ijazah (DPLI) selama setahun.Saya bersyukur kepada Allah atas rezeki yang tidak putus-putus.Semoga saya tergolong dalam hambaNya yang sentiasa bersyukur.



Saya yakin dan percaya bahawa rezeki yang Allah kurniakan kepada hamba-hambanya sebagai satu ujian untuk melihat sama ada hambanya bersyukur atau tidak dan melihat bagaimanakah manusia mengurus dan menggunakan hartanya. Saya berdoa agar terus dimurahkan rezeki dan mendapat keberkatan di dunia dan di akhirat.

Monday, January 4, 2010

Cuti-Cuti Malaysia


Pada cuti sekolah yang lalu,kakak dan abang saya bersama keluarga masing-masing berpeluang bercuti di Sarawak selama seminggu.Mereka menginap di rumah kakak saya yang keenam Hafizah yang tinggal dan bekerja di sana.Disini saya postkan beberapa gambar ketika mereka di sana.

Gambar K.Zakiah dan Abg Kamil sekeluarga

"Ayah, Aya x takut pun tengok tengkorak!




Mana lagi hensem?abah ke Daiyan?





Gambar 3 beradik bersama keluarga masing-masing



K.Hafizah dan Abg Arshad sekeluarga


Abg Sabri dan K.Niza sekeluarga


Aik Wafiq,sempat lagi hisap jari!



Makasih Abg Wafiq,tlg Daiyan!



Sempat menziarahi sepupu yang tinggal di sana

















Coretan Lalu

Setelah sebulan setengah cuti akhir tahun persekolahan berlalu,kini saya kembali bertugas di SARJANA.Selama tempoh itu juga saya terpaksa membiarkan blog ini bersawang disebabkan tiada perkhidmatan internet di rumah.Saya akan mencoret kembali aktiviti-aktiviti saya sebulan yang lepas

Bermula dengan bermulanya cuti persekolahan pada 22 November 2009,saya diamanahkan menjadi Fasilitator bagi Program Kepimpinan Pelajar SMAN(Sekolah Menengah Agama Negeri) yang di adakan di Kem Nur Lembah Lenggong.Sekolah yang terlibat ialah Sekolah Raja Perempuan Taayah,Sekolah Men Raja Dr Nazrin Shah dan Madrasah Idrisiah.Sekolah Izzuddin Shah tidak dapat turut serta memandangkan mereka mempunyai program lain.Alhamdulillah program yang berlangsung selama 3 hari itu berjalan lancar walaupun cuaca kurang baik.
Penginapan Warga Pondok Pak Teh




Program seterusnya ialah Pengajian di Pondok Pak Teh selama 2 minggu bermula pada 1 Dis hingga 15 Dis 2009.Program itu bermula selepas Hari Raya Aidil Adha.Pelajar -pelajar yang terlibat ialah terdiri dari tingkatan 3,4 dan STAM yang berjumlah 39 lelaki dan 13 perempuan.Alhamdulillah pelajar didedahkan dengan pengajian Kitab Matan Aj-Jurmiah,Matan Bina' wal Asas dan Kitab Tauhid.Disamping itu pelajar-pelajar juga dapat merasi kehidupan belajar di pondok dan mendalami kitab-kitab Turath.Saya juga turut serta dalam pengajian tersebut untuk memantapkan lagi ilmu Nahu dan Sorof.Sekalung Penghargaan ditujukan khas buat Tuan Guru Abd Latif,Mudir Madrasah Al-Latifiah,Pengkalan Hulu serta seluruh tenaga pengajar.Us Rosdi,Us Yazid dan Us Yusran serta seluruh warga pondok atas kerjasam yang diberikan .Hanya Allah yang dapat membalasnya.
Pada hari terakhir,saya menjemput semua pelajar ke rumah saya untuk mengadakan sedikit kenduri kesyukuran.

Kek Pertunangan

Pada 18 Dis pula saya berserta seluruh ahli keluarga bertolak ke Kuala Lumpur untuk majlis pertunangan abang saya Mohd Fauzi dengan Siti Hafizah Arshad dari Melaka pada 19 Dis.Kami sekeluarga menginap semalam di Rumah Abang Sabri di Cheras dan Kak Zakiah di Bangi.Keesokkan harinya ,dengan konvoi 4 buah kereta dan rombongan yang berjumlah 26 orang ,kami bertolak dari KL ke Melaka pada jam 10 pagi dan sampai di Umbai,Melaka kira-kira jam 3 petang.Hujan lebat mengiringi kami sepanjang perjalanan ke sana.Apa-apapun Alhamdulillah ,majlis itu selamat dijalankan

Upacara Menyarungkan Cincin

Bergambar dengan Bakal Menantu


Hantaran dari Pihak Lelaki


Hantaran dari Pihak Perempuan


Pada 22 hb pula saya bertolak pulang ke rumah dengan menaiki bas.Seterusnya pada 28 hb saya menghadiri kursus guru di Hotel Seri Malaysia,Taiping.Kurus yang dinamakan Key Perfomance Index itu berjalan selama 3 hari .Antara pengisiannya adalah Tatatertib Pegawai Pekhidmatan,Pengurusan Stress dan Etika Pekhidmatan Awam.Selain itu mesyuarat guru juga diadakan bagi membincangkan hala tuju SARJANA Tahun 2010.


Cuti persekolahan juga tidak kurang juga dengan undangan walimatul urus.Saya menerima 3 undangan walimah dari 3 orang sahabat saya,Ukhti Maryam Baharuddin,Ukhti Halimah Abd Wahab dan Ukhti Saidah Mokti.Namun saya memohon maaf kerana tidak dapat menghadirinya.Semoga berbahagia hingga ke akhirnya dan dapat membina rumahtangga berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah.






Sunday, November 15, 2009

Wajah anak-anak buah

Alhamdulillah,semalam saya diberitakan dengan kelahiran puteri ketiga abang sulung saya yang diberi nama Nur Alia Balqis.Kelahirannya menambahkan jumlah bilangan anak buah saya ke angka 14
Syukur pada Allah.Sebaik sahaja diberitakan mengenai kelahirannya oleh abang kedua saya,saya terus menelefon abang sulung namaun tidak berhasil.Terus saya mendail nombor isterinya.Panggilan saya dijawab oleh anak ketiga beliau Nurul Aqilah yang mengatakan bahawa ibunya selamat melahirkan bayi perempuan di dalam ambulans 10 minit sebelum tiba di Hospital Sungai Petani.Tentu gembira K.Yong,Asyraf dan Aqilah dengan kelahiran adik mereka.Mana taknya rumah mereka sudah lama tidak mendengar tangisan bayi hampir 10 tahu


Tahniah sekali lagi buat Abang Fakhrurazi dan Kak Azimah!!!






Wafiq,Shahir dan Daiyan ketika baru beberapa bulan




Terbayang wajah anak-anak buah yang lain.Masing-masing mempunyai karenah yang tersendiri yang semestinya menjadi penghibur kepada seluruh ahli keluarga.Rumah akan sunyi sepi tanpa kehadiran mereka.Benarlah kata-kata bahawa anak merupakan perhiasan dunia dan juga merupakan amanah Allah yang perlu dijaga.

Shahir dan makin banyak karenahnya!






Dan makin comel. Juga x pandai duduk diam Serta asyik berkepit dengan "Pooh "nya





Si comel ni namanya Aiman Ajwad.Baru berusia 6 bulan.Tapi dah makin tembam




Walaupun abangnya Akram tak berapa nak peduli sangat adiknya ni tapi Akram tetap sayangkan Aiman


Tapi Aiman jangan risau Kak Damia boleh tolong jaga Aiman kan!







Tapi Damia jangan lupa jaga Adik Wafiq juga tau!







Selamat Pengantin Baru




Selamat Pengantin Baru buat:




Siti Anisah Ahmad
(Timb Pengerusi HEWI PMRAM)


dan pasangannya


Us Faizol Endut
(Mantan Pengerusi Tanta)





Semoga Berbahagia hingga ke akhirnya.....................

Sunday, November 8, 2009

Warkah buat Pengantin Baru

Gambar Perkahwinan Us Muiz dan isteri.Maaf Us Syafiq,ana copy dari blog ustaz.

Ucapan tahniah dan Selamat Pengantin Baru saya tujukan khas buat 3 orang sahabat seperjuangan saya Alfadhil Us Abd Muiz Muhammad (Presiden PMRAM),Al-Fadhil Us Muhammad Mujahid Muhammad Fadzil (Penasihat KPIPM) dan Ustazah Siti Anisah Ahmad (Tim Pengerusi HEWI PMRAM) dengan pasangan masing-masing.


Ketiga -tiga sahabat ini yang saya cukup hormat dan kagum dan masing-masing mempunyai ketokohan tersendiri.Saya juga satu ketika dulu pernah bersama-sama mereka mengharungi jerit,payah ,pahit dan maung dalam mengemudi bahtera KPIPM dan PMRAM.Kenangan bersama-sama mereka saya tidak dapat lupakan.Tahniah sekali lagi.


Buat Presiden PMRAM,ana doakan ustaz bahagia dan dapat menyeimbangkan antara rumahtangga,pelajaran dan persatuan.InsyaAllah ,pengalaman bekerja bersama-sama ustaz dalam Lajnah dan Unit Perancang dan Panitia PMRAM akan ana ingat selama-lamanya.Asif jiddan sebab tidak dapat menghadiri walimah ustaz.


Buat Dik Chah yang ude kasihi....,


Ude agak terkejut bila mendapat sms dari Dik Chah tentang undangan walimah Dik Chah.Tup tap ..tup tap,dengar nak kawin.Walaubagaimanpun,Tahniah! ude tumpang gembira.Mesti gempak ahli PMRAM tahun ni sebab Presiden dan Raisah kawin.Tahun lepas Presiden yang kawin.Tahun sebelum tu,Raisah,alih-alih tahun ni Pres dan Raisah kawin serentak.


Buat junior ana Us Mujahid,


Tahniah! Ana yakim ustaz dah bersedia untuk memikul tanggungjawab ini.Teruskan menabur khidmat dan bakti untuk KPIPM dan PMRAM selama ustaz berada di Mesir.


Wednesday, November 4, 2009

Berakhirnya MAT.........

Sudah beberapa hari saya membiarkan blog ini bersawang.Kesibukan membantu para pelajar menguruskan Mesyuarat Agung Tahunan Ikatan Ukhuwah Islamiah SARJANA menyebabkan saya tidak dapat mengupdate blog ini.Lebih-lebih lagi laptop saya digunakan oleh anak-anak didik saya Shamir dan Yang Aiman untuk melaksanakan kerja-kerja berkaitan MAT.Alhamdulillah !!Saya dah boleh merehatkan diri selepas beberapa hari tidak cukup tidur untuk memastikan MAT Agung IUI kali pertama berjalan lancar.

Walau bagaimanapun saya berasa seronok kerana dapat membantu mereka untuk melaksanakan MAT tersebut.Lebih-lebih lagi MAT ini pertama kali dijalankan.Hasrat saya untuk membimbing mereka melaksanakan program-program sebegini dan melatih mereka dalam berorganisasi.Tahniah saya ucapkan kepada Kepimpinan IUI 09 serta barisan pelaksana MAT IUI Kali Pertama kerana berjaya melaksanakannya dengan baik sekali.Walaupun MAT ini hanya berlangsung selama 4 jam ,namun ianya cukup untuk mereka menimba ilmu tentang cara pengendalian MAT.

Saya sebenarnya rindukan suasana berada dalam persatuan dan kepimpinan.Pengalaman yang saya timba selaku kepimpinan di KPIPM dan PMRAM tidak akan saya sia-siakan .InsyaAllah selama mana saya berkhidmat di SARJANA ini saya akan terus membimbing anak-anak didik saya tentang ilmu kepimpinan.