Alhamdulillah setelah beberapa bulan tidak mengupdate blog ini..kini saya menguatkan semangat untuk menulis kembali....sebenarnya terlalu banyak untuk dicoretkan tetapi menyedari kekurangan ini yang kurang berbakat dalam bidang penulisan disamping tugas sebagai penuntut ilmu menuntut saya untuk membahagikan masa dengan baik.Saya gagahkan diri juga untuk terus menulis.Terasa ilmu yang ada tidak diaplikasikan...
Saya mengharapkan bantuan,sokongan dari sahabat-sahabat agar terus thabat dalam perjuangan.
Kini saya sudah hampir 5 bulan bergelar student UPSI.Alhamdulillah ,banyak juga ilmu yang berguna yang saya dapat disamping dapat merasa kehidupan di alam kampus di IPT tempatan.Jika nak dibandingkan dengan sistem pembelajaran antara IPT Malaysia dan Universiti Al-Azhar terlalu banyak perbezaan.Namun saya yakin masing-masing ada kelebihan dan kekurangan.
Doakan saya dan sahabat-sahabat DPLI UPSI terus diberi kekuatan untuk mengharungi kehidupan di sini.Terus terang saya katakan hati ini rasa rindu sangat untuk kembali ke Mesir..berada dalam persatuan,majlis-majlis ilmu,program-program,kuliah dan biah yang dibentuk di sana.
Doakan moga kita sama-sama istiqamah dalam melakukan amal kebaikan
Thursday, November 11, 2010
Wednesday, October 20, 2010
Bersua Kembali
Salam sejahtera buat sahabat-sahabat yang mengunjungi blog ini..
Awwalan saya memohon kemaafan kerana sudah terlalu lama tidak mengupdate blog ini disebabkan pelbagai komitmen dan juga kemudahan internet yang terhad.InsyaAllah usai imtihan nanti saya akan cuba memasukkan entri-entri yang baru.Doakan saya akan menghadapi imtihan 25 hingga 28 oktober ini...
Awwalan saya memohon kemaafan kerana sudah terlalu lama tidak mengupdate blog ini disebabkan pelbagai komitmen dan juga kemudahan internet yang terhad.InsyaAllah usai imtihan nanti saya akan cuba memasukkan entri-entri yang baru.Doakan saya akan menghadapi imtihan 25 hingga 28 oktober ini...
Thursday, April 22, 2010
Mar'atus Solehah

Wanita solehah perhiasan dunia
Mampukah kita merialisasikannya
Bukan senang seperti yang dikata
Bersamalah berusaha peroleh redhaNya
Kita di sini tak lama mana
Beramal soleh sebelum ke sana
Mampukah aku menjadi seperti Siti Khadijah?
Isteri Rasulullah yang bijak
Pendorong kesusahan dan penderitaan
Tiada sukar untuk dilafazkan...
Mengalir air mataku
Melihat pengorbanan puteri solehah Siti Fatimah
Akur dalam setiap perintahnya
Taat dengan abuyanya yang sentiasa berjuang
Tiada memiliki harta dunia
Layaklah dia sebagai wanita penghulu syurga
Ketika aku marah
Ingin ku intip serpihan sabar
Dari catatan hidup Siti Sarah
Tabah jiwaku
Setabah umi Nabi Ismail
Menggendong bayinya yang masih merah
Mencari air penghilang dahaga
Diterik padang pasir merah
Ditinggalkan suami akur tanpa bantah
Pengharapannya hanya pada Allah
Itulah wanita Siti Hajar
Mampukah aku menjadi wanita solehah??
Mati dalam keunggulan iman
Bersinar indah,harum tersebar
Bagai wanginya pusara Masyitah
Sunday, April 4, 2010
Mabruk alaikum
Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada keempat-empat sahabat saya yang sudah melangsungkan perkahwinan baru-baru ini.

Pasangan bahagia Ustaz Khalil dan Ustazah Mashitah

Gambar Perkahwinan Us Hafizul Akbar dan Ustazah Hidayah
Tahniah sekali lagi.Semoga berbahagia hingga ke akhirnya.......
Saturday, April 3, 2010
My Name Is Hafsah
My Name Is Hafsah
Was Born in Perak
Between Thailand and Kedah
Studying in Azhar
In Kuliah Usuluddin
Syu'bah Tafsir wa Ulum Quran
1 April 1984
That Date of My Birthday
Sorry,kalau salah grammar,Lagu ni saya reka untuk memperkenalkan diri saya kepada para peserta Kem Jejak Realiti (KEJORA) di Muaskar Nuzul Ismailiyah,Mesir yang diadakan pada Oktober 2008.Ia adalah satu modul taaruf dalam salah satu slot GKB (Gerak Kerja Berkumpulan).Dengan menggunakan irama Lagu Give Thanks to Allah,lagu ni masih segar di ingatan saya dan lagu ini juga saya nyanyikan ketika bertaaruf bersama adik-adik Medic Tanta.Bila sebut adik2 medic tanta ni teringat adik Alia,Sarah,Fatin ,Ema dan yang lain-lain.Terutama Alia dan Sarah yang selalu bertandang ke Markaz HEWI PMRAM dan sekaligus menjadikannya sebagai rumah kedua mereka ataupun dengan kata lain (tempat lepak) he...he... sorry ye Alia dan Sarah.Jangan marah.akak gurau je..
Nazery Johani(Bekas Vokalis Raihan )turut dijemput untuk mengisi slot dalam KEJORA
Dari kiri adik Anis Maisarah dan Alia
Dalam KEJORA juga saya dijemput sebagai panel untuk membentangkan Kitab Maza Yakni Intimail Fil Islam karangan Ustaz Fathi Yakan.Bergandingan dengan Kak Suriyati Nayan dan Kak Halimah,Alhamdulillah kami dapat mengupasnya dengan baik walaupun masa yang diberikan terlalu terhad.
Terasa rindu kembali nak bersama sahabat-sahabat di Mesir,berprogram bersama-sama,sibuk sama-sama,masak bersama ,gembira bersama dan menangis bersama.Benarlah kata-kata Pengalaman amat berharga yang tidak boleh dijual beli
Kini sahabat-sahabat Kepimpinan Badan Pengurus dan HEWI PMRAM sedang sibuk mengadakan persiapan untuk Muktamar Agung HEWI PMRAM dan Muktamar Sanawi PMRAM.Saya ingin mengucapkan tahniah dan takziah kepada kepimpinan baru yang bakal dilantik dan kepada yang kekal teruskan perjuangan.Kepada yang turun teruskan mencurahkan bakti untuk PMRAM ataulah bolehlah kita tubuhkan Kelab Mantan BP dan HEWI he..he...
InsyaAllah saya sentiasa doakan agar PMRAM terus maju dari semasa ke semasa
Hidup PMRAM!!!!
Detik Yang Bermakna
My Birthday CakeSelepas 3 hari bertugas sebagai Hakim Balapan di SK Titi Gantung sempena Pertandingan Sukan Sekolah-sekolah Daerah Perak Tengah ,kini baru saya kembali berugas.Terasa agak rugi selama 3 hari tidak mengajar tetapi saya cover balik dengan mengadakan tuisyen pada waktu malam.Alhamdulillah pada 1 April 2010 saya mengadakan Jamuan Hari Lahir saya yang ke 26 bersama saff kepimpinan Ikatan Ukhuwwah Islamiah SARJANA.Walaupun agak penat dan ada di antara exco yang tidak dapat hadir namun saya bersyukur kerana majlis itu berjalan dengan lancar.Student-student saya agak terkejut kerana saya tidak memaklumkan kepada mereka.Apa-apun syukran kepada anak-anak didik Ustazah sekalian yang mendoakan ustazah dan tak lupa yang memberikan hadiah.Doakan ustazah panjang umur,dimurahkan rezeki dan berjaya di dunia dan akhirat.
Menunggu saat untuk dikerat-kerat Oh! Tidak!!!!!
Sabarlah ! ustazah tengah potong kek ni! "Saya makan dulu ye ustazah",kata Shamir
Tuang air elok-elok ! jangan bagi tumpah
Terima Kasih juga buat Student-student 3 Bintu Hanun dan 5 Sains 1 yang menghadiahkan ungkapan Sanah Helwa dan Allah Selamatkan Kamu buat ustazah. Ustazah sentiasa mendoakan kejayaan kalian.Di kesempatan ini juga ustazah nak ucapkan Tahniah ,Mabruk kepada anak-anak didik ustazah yang dapat taqdir Mumtaz dalam Peperiksaan I'dadi dan Thanawi tahun lepas.Seramai 37 orang yang dapat mumtaz bagi Thanawi dan 50 lebih bagi I'dadi.Dan dengarnya SARJANA terbaik dalam Perak.Alhamdulillah,kekallkan kejayaan antum.
Perasaan bangga semestinya ada dalam setiap hati seorang guru apabila melihat kejayaan anak-anak didik mereka dalam pelajaran.Tetapi guru lebih berbanggga jika melihat kejayaan yang diraih itu disusuli dengan kejayaan dalam pembentukan akhlak yang baik.Cemerlang setinggi mana pun tapi kalau tidak ada akhlak tidak berguna juga.Saya sering menasihati anak-anak didik supaya sentiasa mentajdidkan niat setiap kali belajar .Belajar bukan sebab inginkan sijil semata-mata tetapi mestilah meletakkan hadaf yang utama iaitu sebagai ibadah kepada Allah dan yang lebih utama untuk membantu dan meningkatkan martabat Islam di dunia.InsyaAllah niat yang baik akan menatijahkan hasil yang baik juga.Moga kita akan sama-sama digolongkan diantara mereka yang sentiasa mendapat rahmat darai Allah S.W.T.
Wednesday, March 31, 2010
Sanah Helwa
Hari ni pada tanggal 1 April 2010 genaplah umur saya yang ke 26 tahun.Sebenarnya saya tidak menyangka yang saya sudah menginjak ke usia begini dan saya menjadi takut yang maut makin menghampiri sedangkan ibadah dan amalan tidak seberapa.

Saat ni saya teringat kenangan yang berlalu setahun yang lalu.Detik saya melangkahkan kaki keluar dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah,Saat pemergian saya ditangisi oleh sahabat-sahabat dan adinda saya.Tanggal 1 April 2009 (3 pagi waktu mesir) saya meninggalkan Bumi anbiya' selepas 4 tahun 6 bulan saya menuntut ilmu di sana dan dalam tempoh itu juga saya tidak pernah pulang ke Malaysia.Semestinya bernacam-macam perasaan yang timbul,sedih,gembira,teruja dan bermacam-macam lagi
Ikhlas dari hati saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada sahabat-sahabat kepimpinan PMRAM yang banyak membantu saya sepanjang saya berada di dalam kepimpinan PMRAM.Malah saya turut terharu tambang coster dari rumah saya ke airport ditanggung oleh mereka.Tak lupa kepada sahabat-sahabat kepimpinan KPIPM yang banyak juga memberikan semangat ,bantuan dan nasihat kepada saya.Sesungguhnya ukhuwwah Islamiyah yang kita bina tidak ternilai harganya.

Disambut oleh keluarga di KLIA tanggal 1 April 2009 jam 10.00 malam
Kini ,tugas saya sebagai pendidik di SARJANA menuntut diri saya untuk menjadi orang yang lebih ikhlas dan dan amanah dalam ilmu.Terus terang dari hati saya sudah terpaut dengan dunia pendidikan.Perasaan sayang saya menebal kepada anak-anak didik saya.Beginilah perasaan bila bergelar seorang guru yang inginkan kejayaan menjadi milik anak-anak didik mereka,yang inginkan akhlak-akhlak yang mulia menghiasi peribadi mereka,yang ingin menjadikan Al-Quran dan As-Sunnah menjadi pegangan hidup mereka.Semestinya setiap guru akan bangga jika ia melakari kanvas hidup mereka.
Pada malam ni saya merancang untuk mengadakan jamuan kesyukuran sempena ulang tahun kelahiran sayan yang ke 26.Jika tahun lepas saya menyambutnya bersama kawan-kawan di Mesir dan ahli keluarga di Malaysia,tetapi pada tahun ini saya akan menyambutnya bersama anak-anak didik saya Saff Kepimpinan Ikatan Ukhuwwah Islamiah SARJANA yang mana perkara ini masih dirahsiakan kepada mereka.
Saya mengharapakan agar setiap insan yang mengenali diri ini sentiasa mendoakan kejayaan saya sebagai insan di dunia ini.Moga menjadi hamba yang taat,penuntut ilmu yang bersungguh-sungguh,murabbi yang agung ,anak yang solehah dan moga dikurniakan teman pendamping diri yang akan memandu diri ini ke arah mendapat keredhaanNya.......
P/s Maaf ,blog ini sudah terlalu lama bersawang,tetapi disebabkan kesibukan dan laptop ini baru keluar dari " hospital" .so,saya tak dapat mengupdatenya.Entri saya yang akan datang InsyaAllah akan ,memuatkan aktiviti-aktiviti saya 2 bulan yang lalu.
Subscribe to:
Posts (Atom)
